KUANTAN 20 Dis. – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) mendakwa ramai pekerja asing di negara ini menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) disebabkan ditipu oleh sesetengah agensi yang dilantik kononnya mahu mendapatkan permit kerja. Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, selepas ‘termakan janji’ dan membuat bayaran, agensi terbabit melarikan diri dan meninggalkan pekerja asing begitu sahaja. “Selain duit, pasport mereka (pekerja asing) turut lesap, yang ‘untung besar’ adalah agensi.…










