Pegang kepada prinsip parti - Shahrir - Utusan Malaysia

Pegang kepada prinsip parti – Shahrir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Dis. – Ahli UMNO di semua peringkat perlu berpegang kepada prinsip parti sekali gus menyokong Presiden yang sudah dipilih, bukannya meminta atau mengugut untuk keluar parti dan sebagainya.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, seperti juga UMNO bahagiannya yang tidak mengundi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden tetapi menghormati keputusan beliau menang dengan undi majoriti.

Namun, tegasnya, UMNO Bahagian Johor Bahru tidak mengambil pendirian untuk tidak menyokong kepemimpinan Ahmad Zahid, sebaliknya mereka menghormati keputusan dibuat dan meneruskan perjuangan parti bersama-sama, tidak seperti ada bahagian yang mengundi beliau tetapi kini memberi alasan kepemimpinannya sebagai punca keluar parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini ada pula Ahli Parlimen yang mengugut parti, minta presiden letak jawatan sedangkan beliau dah dipilih. Mereka ugut kata lagi ramai akan keluar parti jika Presiden tidak letak jawatan.

“Kalau nak keluar, keluar lah, ini yang menderhaka, boleh menuntut pula, jangan alihkan perhatian dan menuduh orang lain untuk menutup kesilapan kita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrir memberitahu, pada permulaan pentadbiran Ahmad Zahid dalam parti, pemimpin itu sendiri pernah mengemukakan sesuatu cadangan sebagai hala tuju baharu parti iaitu amalgamasi (penggabungan), namun ditolak tetapi beliau mendengar dan patuh apa yang disarankan UMNO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini