LEBIH 10 tahun hidup solo, penyanyi terkenal Indonesia, Rossa mengakui tidak pernah berasa terdesak untuk mencari pasangan hidup bagi mengisi kekosongan posisi bekas suaminya iaitu pemain dram kumpulan Padi, Yoyo Prasetyo. Kata penyanyi berusia 40 tahun itu, hidupnya terarah terhadap kerjaya dan keluarga lebih-lebih lagi tumpuan buat kedua-dua orang tua yang harus diutamakan. Disebabkan itu, pelantun lagu Hati Yang Kau Sakiti itu mengakui selesa hidup solo. Alasan sebegitu juga membuatkan…










