Parlimen: Skandal 1MDB akan dimasukkan dalam silibus Sejarah - Utusan Malaysia

Parlimen: Skandal 1MDB akan dimasukkan dalam silibus Sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan dalam silibus mata pelajaran sejarah Malaysia.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memberi jaminan mengenai perkara itu yang bertujuan memberi peringatan kepada generasi muda agar tidak diulangi. 

“Begitu juga dengan jenayah besar yang dilakukan ahli politik dalam menyamun, begitu juga sejarah yang menyaksikan khazanah telah disamun oleh pemimpin akan dimasukkan dalam sejarah juga,” katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini pagi tadi. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian). 

Ahmad Maslan ingin tahu sama ada kumpulan sekolah swasta terutama sekolah persendirian Cina mengambil mata pelajaran sejarah dan tajuk serta fakta sejarah yang menjadi kontroversi di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN