Parlimen: Prototaip kereta nasional baharu dijangka diumum tahun depan - Utusan Malaysia

Parlimen: Prototaip kereta nasional baharu dijangka diumum tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsikan kepada umum secepatnya tahun depan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ketika berkongsi tentang perkembangan terbaharu projek kereta nasional ketiga itu berkata ia telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata, dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional baharu, kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan daya saing kejuruteraan tempatan serta mencipta ekosistem baharu yang mesra inovasi dan teknologi.

Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pusat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu berhasrat melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Mahathir.

Langkah untuk menghasilkan kereta nasional ketiga dilihat akan dapat mencergaskan kembali industri automotif negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN