KUALA LUMPUR – Nasib 2,100 kakitangan kontrak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetap terbela meskipun kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan program itu sejak Ogos lalu. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kementeriannya sedang dalam usaha membantu kakitangan itu mendapat pekerjaan sama ada dalam kerajaan mahupun di sektor swasta. “Kita memberi fokus membantu pegawai kontrak sedia ada dengan mencari tempat pekerjaan untuk mereka selain ‘soft landing’ diadakan…










