KUALA LUMPUR 5 Dis. – Ops Yemen 2 yang didakwa digerakkan tanpa kelulusan Kabinet diklasifikasikan sebagai maklumat rahsia dan dilaksanakan demi kepentingan negara. Operasi berkenaan telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Timbalan Menteri Pertahanan yang baharu, Liew Ching Tong perlu memahami peranan serta fungsi agensi berkenaan. Sehubung itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan siasatan berhubung isu tersebut…










