Ops Yemen 2 tidak dapat kelulusan Kabinet - Utusan Malaysia

Ops Yemen 2 tidak dapat kelulusan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kementerian Pertahanan mendedahkan penglibatan Malaysia dalam operasi ketenteraan di Yemen tidak mendapatkan persetujuan daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong memaklumkan, menteri pertahanan dahulu tidak mendapat persetujuan daripada Kabinet untuk menyertai operasi peringkat kedua di Yemen.

“Dari segi SOP (prosedur operasi standard) saya difahamkan menteri pertahanan yang lalu tidak dapat kelulusan Kabinet untuk Ops Yemen 2, tidak ada keputusan Kabinet untuk meneruskan gerakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) yang ingin tahu apakah SOP untuk tentera negara di tempatkan di negara lain.

Chin Tong menegaskan bahawa kehadiran tentera Malaysia di Yemen hanya menyalurkan bantuan logistik dan sama sekali tidak terlibat dalam situasi pertempuran.

Jelasnya, kos perbelanjaan keseluruhan Ops Yemen 2 sehingga misi ke-12 adalah sejumlah RM14.6 juta dan anggaran perbelanjaan bagi setiap operasi adalah RM1.5 juta.

“Ops Yemen 2 berakhir pada 4 September 2018 selepas kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk menarik balik tentera atas sebab tidak selaras dengan dasar pengecualian Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN