Operasi SAR budak OKU terjatuh jambatan dihentikan - Utusan Malaysia

Operasi SAR budak OKU terjatuh jambatan dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang budak perempuan orang kurang upaya (OKU), Nur Syahadah Fatihah Imam, 10, yang terjatuh dari jambatan Pengkalan Perahu Tambang Kabong, Saratok pada malam 23 Disember, ditangguhkan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Khirudin Drahman Husaini berkata, penangguhan operasi SAR itu dibuat hasil perbincangan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Kabong Mohd Chee Kadir, Pegawai Daerah Kabong Kamaruddin Alkab, Guru Besar S.K. Abang Leman, anggota keluarga mangsa serta agensi-agensi penyelamat yang lain.

Khirudin berkata, operasi SAR yang ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari ini akan disambung semula sekiranya terdapat penemuan baharu kedudukan atau jejak mangsa yang hilang.

Katanya, operasi selama tujuh hari itu disertai pasukan bomba dan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba Saratok Nazri Mohamat selaku komander operasi, pasukan polis, APM dan penduduk kampung menggunakan lima buah bot. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×