Nurul Izzah kecewa perkembangan politik PH - Utusan Malaysia

Nurul Izzah kecewa perkembangan politik PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan telah berjumpa dengan bekas Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar yang meletakkan semua jawatannya dalam parti semalam.

Katanya, perjumpaan dilakukan bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilakukan selama dua jam semalam bagi membincangkan perletakkan jawatannya. 

“Saya belum terima sebarang surat namun semalam saya mendengar semua penerangan beliau yang menyebabkan beliau mengambil keputusan sedemikian. 

“Perkembangan politik akhir-akhir ini dianggap menggugat tanggungjawab PH. Beliau melahirkan rasa kecewa dan kurang senang,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini petang tadi. 

Katanya, perkembangan itu termasuk kemasukan Ahli-ahli Parlimen UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN