Nene Chicken Malaysia gesa percepat siasatan - Utusan Malaysia

Nene Chicken Malaysia gesa percepat siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – NeNe Chicken Malaysia selaku francais yang mengeluarkan lesen kepada kedai di CityOne Megamall yang menyaksikan insiden letupan gas pada Selasa mahu pihak berkuasa berkaitan mempercepatkan siasatan mengenai insiden letupan yang berlaku di pusat membeli-belah itu.

Pengarah Urusannya, Raymond Wong, berkata, hasil siasatan perlu diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin memandangkan keseriusan insiden yang mengerikan itu.

“Pelantikan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di Restoran NeNe Chicken di CityOne Megamall bukan di bawah bidang kuasa atau skop NeNe Chicken Malaysia.

“Sudah tentu isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami tetapi pelantikan kontraktor diatur sepenuhnya oleh pemegang lesen CityOne,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Raymond berkata, NeNe Chicken Malaysia telah menghubungi pemegang lesen mereka untuk menyediakan dokumentasi yang perlu kerana ia juga dalam proses menjalankan siasatan dalamannya sendiri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN