MELAKA 3 Dis. – KYM STES Sdn Bhd menerusi Malaysia Water Institute (MWI) bakal menawarkan tiga program berkaitan perkhidmatan industri air bermula pertengahan tahun 2019 menerusi kerjasama dengan Penang Water Services Academy (PWSA). Pengarah MWI, Datuk Saroni Judi berkata, PWSA sebuah pusat latihan bertauliah kendalian PBA (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) Resources Sdn Bhd (PBAR) akan bersama dalam menjalankan kursus sepenuh masa Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu Diploma Operasi Agihan…










