MELAKA 3 Dis. – Institut air pertama negara, Institut Air Malaysia (MWI) yang ditubuhkan di negeri ini pada 8 Oktober lalu menyasarkan kemasukan pertamanya seramai 300 pelajar tahun depan. Pengarahnya, Datuk Saroni Judi berkata, untuk permulaan, MWI yang dikendalikan KYM Strategic Training and Event Solutions Sdn. Bhd. (KYM STES) dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Resources Sdn. Bhd. (PBAR) akan memulakan tiga kursus diploma sepenuh masa di bawah Kementerian…










