Muzium Kesenian Islam cerminan pencapaian ummah - Utusan Malaysia

Muzium Kesenian Islam cerminan pencapaian ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kewujudan Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini bukan sekadar untuk mengagung-agungkan kegemilangan Islam pada zaman lampau atau memandang rendah terhadap tamadun lain, sebaliknya ia harus menjadi peringatan kepada umatnya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pameran di mu­zium tersebut memberikan gambaran tentang bukti bagaimana Islam berjaya mencapai ke puncak kegemila­ngannya dan menjadi feno­mena glo­bal melalui perkembangan ilmu dan sains Islam yang berjaya menerangi kegelapan yang menyelubungi dunia barat.

“Ringkasnya, muzium ini berjaya menampilkan Islam sebagai ‘ad-deen’, suatu cara hidup dan apa yang menjadikannya mampu tersebar dan dianuti warga dunia daripada pelbagai latar belakang,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 muzium tersebut dan ulang tahun ke-40 penubuhan Yayasan Albukhary di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN