Muhammad Adib sudah tiada - Utusan Malaysia

Muhammad Adib sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu, Muhammad Adib Mohd. Kassim, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam sebentar tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keluarga Muhammad Adib sudah dimaklumkan tentang keadaannya yang semakin tenat sejak pagi tadi.

“Jenazahnya akan diuruskan di sini (Institut Jantung Negara) dan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada pagi esok untuk penghormatan terakhir.

“Kemudian jenazahnya akan diterbangkan dengan helikopter ke kampung halamannya di Kedah dan dijangka akan dikebumikan selepas solat Zuhur,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Institut Jantung Negara di sini sebentar tadi.

Terdahulu, pada 27 November lalu, Muhammad Adib bersama pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah pergi ke kuil berkenaan untuk memadamkan satu kebakaran kereta namun mereka telah diserang oleh sekumpulan perusuh sebelum Muhammad Adib dipukul sehingga mengalami kecederaan parah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN