Muhammad Adib kembali kritikal - Utusan Malaysia

Muhammad Adib kembali kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis.- Kesihatan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilaporkan kembali kritikal selepas terdapat jangkitan di bahagian paru-parunya.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan memberitahu, susulan itu, pihak hospital memutuskan untuk memasang semula mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) untuk kegunaan Muhammad Adib kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ujarnya, hasil pemantauan selama 24 jam mendapati jangkitan berlaku akibat paru-parunya mengeras sehingga menyukarkan Muhammad Adib menerima oksigen.

“Selain itu, jangkitan itu turut berlaku akibat beberapa kecederaan yang dialami Muhammad Adib di bahagian paru-parunya. 

“Dalam masa yang sama, buah pinggangnya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dan memerlukan Muhammad Adib melakukan dialisis,” kata kenyataan itu hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN