KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa dukacita ke atas pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan menganggap ia adalah kehilangan besar yang akan terus dikenang sebagai seorang wira negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan hari ini berkata, Allahyarham Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugasnya…










