SOUTHAMPTON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho sekali lagi menyelar barisan pemain tengahnya selepas mereka sekadar seri 2-2 menentang Southampton pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium St. Mary awal pagi semalam. Mourinho yang meluahkan kekecewaannya di tepi padang ketika United menang tipis 1-0 ke atas Young Boys pada aksi Liga Juara-Juara pada Rabu lalu, kali ini mempersoalkan semangat juang dan kemahuan untuk menang yang sepatutnya diterjemahkan pemainnya di…










