Menteri Pertahanan lawat RKAT Kem Penrissen - Utusan Malaysia

Menteri Pertahanan lawat RKAT Kem Penrissen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 3 Dis. – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini melakukan lawatan ke Rumah Keluarga Angkat Tentera (RKAT) di Kem Penrissen, Batu 8 di sini bagi meninjau kebajikan dan keperluan anggota dan pesara angkatan tentera. 


Beliau tiba di Kem Penrissen pada pukul 2 petang dengan diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf.

Turut menyambut ketibaan beliau, Panglima 1 Divisyen, Datuk Toh Choon Siang dan Ketua Pengarah Pembangunan Kementerian Pertahanan, Brig Jen Malek Razak Sulaiman.

Menteri itu dibawa melawat ke rumah RKAT yang diduduki oleh pegawai dan anggota tentera.

Beliau kemudian berangkat ke Markas Pemerintahan Medan Timur di Kem Muara Tuang untuk menghadiri taklimat tertutup.

RKAT Kem Penrissen ditubuhkan pada tahun 1972, dihuni oleh pegawai dan anggota tentera yang bertugas di sekitar bandar raya ini. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN