SIAPA sahaja akan rambang mata melihat kilauan bergemerlapan daripada mahkota-mahkota yang tersusun kemas di dalam sebuah almari khas di kediaman Amir Azhar Zainol di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah. Mula mengumpul mahkota dan tiara sejak 28 tahun lalu, Amir Azhar yang lebih mesra disapa Amet mempunyai lebih 200 replika mahkota pertandingan-pertandingan ratu cantik dari seluruh dunia. Dia turut mempunyai pelbagai koleksi berkaitan ratu cantik termasuklah buku skrap, gambar, majalah, selempang peserta…










