KUALA LUMPUR – MCA tidak mempunyai hak untuk mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebaliknya, katanya, sebarang keputusan untuk membubarkan gabungan parti itu perlu dicapai secara konsensus dan bukan semata-mata cadangan satu parti komponen sahaja. Semalam, Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran BN membentuk perikatan baharu. “Walaupun ia merupakan satu…










