Maybank Organisasi Malaysia Terbaik 2018 - Utusan Malaysia

Maybank Organisasi Malaysia Terbaik 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Maybank diiktiraf sebagai Organisasi Malaysia Terbaik 2018 oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menerusi program Anugerah Life At Work 2018.

Pada anugerah sama, Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias turut diberi penghormatan Juara Ketua Pegawai Eksekutif untuk Orga­nisasi Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Mo­dal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd. Manaf, anugerah tersebut diperkenalkan untuk mengiktiraf dan meraikan organisasi dengan strategi tempat kerja progresif yang menunjukkan komitmen mereka terhadap agenda kepelbagaian dan inklusif.

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif demi membantu warga kerja mencapai kemahiran terbaik secara profesional dan peribadi,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Nora, Maybank juga diiktiraf sebagai majikan terbaik oleh 100 Penyelidik Majikan Siswazah Utama, Anugerah Pilihan Graduan dan Anugerah Kecemerlangan HR 2018 (Malaysia dan Singapura).

Katanya, Maybank dianuge­rahkan sebagai organisasi Nombor 1, majikan paling popular dalam kalangan pelajar dan siswazah universiti di Malaysia menerusi kaji selidik Majikan Siswazah 100 yang terkemuka di Malaysia.

“Maybank juga menduduki tempat pertama dalam sektor Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan untuk lapan tahun berturut-turut. Pemilihan ini adalah berdasarkan faktor daya tarikan pekerjaan seperti pendapatan yang diharapkan untuk pekerjaan pertama, waktu kerja sesuai, rantau pilihan untuk penempatan semula dan ciri-ciri majikan penting.

“Maybank adalah organisasi perkhidmatan kewangan pertama dan satu-satunya yang diiktiraf sebagai juara dalam kedua-dua kategori sejak pengenalan Anugerah Majikan Graduan 100 Utama Malaysia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×