Mayat guru lemas di Sungai Setiu ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat guru lemas di Sungai Setiu ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Dis. – Mayat mangsa pertama yang hilang selepas dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sungai Setiu di Setiu kelmarin ditemukan pagi ini.

Mayat Abd. Rauf Mohd. Zulkurnain, 27, ditemukan pihak bomba kira-kira pukul 10.15 pagi ini di kawasan ‘gate’ air di Kampung Buruk.

Operasi pencarian di air dan darat hari ini bermula kira-kira pukul 8.45 pagi melibatkan kekuatan 70 pegawai dan anggota penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam.

Dalam kejadian petang kelmarin, mangsa dikatakan dihanyutkan air deras ketika sedang mandi bersama adiknya, Abdul Wafiy serta dua lagi rakan mereka.

Adik mangsa, Abdul Wafiy dalam aduannya memberitahu, sebelum itu dia bersama mangsa dan dua rakannya pergi ke lokasi tersebut untuk mandi.

Bagaimanapun, semasa mereka berempat mandi di situ, mangsa yang ketika itu berada di tengah-tengah sungai gagal berenang sebelum hilang dibawa arus deras. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN