BUKIT MERTAJAM 10 Dis. – Seorang pekerja di sebuah kilang pembuatan plastik di Lorong Perusahaan Perai Dua di sini maut setelah kenderaan mengangkut barang (forklift) yang dinaikinya terjatuh daripada kren hari ini. Difahamkan mangsa yang berada di dalam forklift itu dihempap kenderaan berkenaan dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi itu mangsa yang berusia 65 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut jurucakap…










