Maszlee jemput Ikmal masuk Bersatu - Utusan Malaysia

Maszlee jemput Ikmal masuk Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekali gus keluar daripada parti itu dialu-alukan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, Ikmal Hisham disifatkan sebagai pemimpin yang mengambil berat kebajikan rakyat dan prihatin terhadap bidang pendidikan.

“Saya mengenali beliau di Dewan Rakyat dan baru-baru ini dia ada buat permohonan untuk pergi (buat program) sekolah.

“Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau kalau sudi masuk Bersatu kerana dia antara pemimpin yang berkualiti selain seorang yang prihatin tehadap kebajikan rakyat dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif 2018 di Pusat Konvesyen dan Hotel Movenpick di sini hari ini.

Terdahulu, Ikmal Hisham yang juga Pengerusi Mara Incorporated Sdn. Bhd. membuat pengumuman keluar UMNO dalam satu majlis pertemuan bersama kira-kira 800 ahli UMNO Bahagian Tanah Merah di Tanah Merah, Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×