Masa depan BN bukan MCA tentukan - Utusan Malaysia

Masa depan BN bukan MCA tentukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bukan MCA yang menentukan masa depan Barisan Nasional (BN) kerana terdapat empat parti komponen lain turut bersatu dalam gabungan tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, atas sebab itu pandangan semua parti dalam BN perlu diambil kira.

“Jika BN dibubarkan, ke mana kita akan pergi? Ke mana arahnya? Pembubaran tidak akan menyelesaikan masalah.

“Kita tidak akan menang pilihan raya hanya kerana kita dibubarkan sebaliknya adalah soal bagaimana kita hendak bergerak ke depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, MCA sepatutnya mempertimbangkan untuk meninggalkan BN, bukannya mengeluarkan cadangan supaya BN dibubarkan.

“Akan lebih mudah jika MCA keluar. Kami kemudiannya boleh membuat keputusan tanpa perlu berunding dengan MCA. Tetapi memandangkan MCA tidak keluar, kita masih perlu duduk dan berbincang (cadangan pembubaran),” katanya. 

Semalam, MCA mencadangkan dalam perhimpunan agungnya supaya BN dibubarkan. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN