IPOH 12 Dis. – Kesemua mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju semalam, tidak dapat dikebumikan pada hari ini berikutan laporan pergigian masih belum diterima. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata, pihak hospital masih lagi mengesan rekod pergigian mangsa yang diperlukan oleh pihak polis bagi membuat perbandingan dengan waris keluarga terdekat untuk…