GEORGE TOWN: Cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi air di beberapa kawasan di Pulau Pinang masih belum dapat direalisasikan berikutan terdapat pelbagai keperluan teknikal dan keselamatan yang perlu dipenuhi ketika ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang cadangan melibatkan pengangkutan laut wajib melalui proses permohonan dan kelulusan di bawah Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Laut Malaysia. “Jadi, walaupun terdapat minat daripada pihak swasta sebelum ini untuk mewujudkan perkhidmatan teksi air…










