KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah pagi ini dengan hanya sedikit peningkatan mangsa iaitu 163 orang daripada 45 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 149 mangsa daripada 39 keluarga malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman berkata, jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga kekal empat iaitu tiga di Hulu Terengganu dan satu di Dungun. “Jumlah mangsa bertambah di…