Kerajaan terus pantau keupayaan sistem BUDI95 menjelang 30 Sept.

Kerajaan terus pantau keupayaan sistem BUDI95 menjelang 30 Sept.

FAHMI Fadzil berswafoto bersama para pelajar Majlis Pelancaran Kempen Malaysia, JomPACT! di Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu hari ini. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan terus memantau keupayaan capaian (bandwidth) bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) berjalan lancar menjelang 30 September ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,  jika perlu penyesuaian terutama daripada segi bandwidth, kerajaan akan memastikan sistem itu bersedia. 

Katanya, setakat ini pelaksanaan awal melibatkan anggota tentera dan polis tidak berdepan masalah besar.

“Transaksi menggunakan sistem digital juga menunjukkan kapasiti yang kukuh. Keupayaan sistem dan server sedia ada adalah 3,000 transaksi seminit. 

“Tetapi dengan kerjasama Touch ‘n Go dan Touch ‘n Go Digital, kapasiti itu mampu ditingkatkan kepada lebih 30,000 transaksi seminit,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Kempen Malaysia, JomPACT! di ibu negara di sini, hari ini. 

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Kementerian Kewangan akan memberikan laporan penuh pelaksanaan hari pertama BUDI95 pada petang ini namun pemantauan awal menunjukkan sistem berjalan seperti yang dirancang.

Dalam pada itu, katanya, pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter seawal jam 12.01 tengah malam tadi.

Katanya, selepas kumpulan tentera dan polis, esok giliran lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menikmati harga istimewa tersebut, sebelum diluaskan kepada rakyat Malaysia secara umum mulai 30 September. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN