KUANTAN 14 Dis. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini terus meningkat kepada 435 orang daripada 110 keluarga setakat pukul 8.30 pagi ini. Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang, SK Kempadang, SK Beserah, SK Sungai Isap Murni dan Dewan Orang Ramai Balok. – UTUSAN ONLINE