PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal tidak bimbang dengan penurunan satu anak tangga skuad hoki negara pada ranking dunia yang baru dikemaskini Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) semalam. Kegagalan di pentas Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India yang berakhir kelmarin menyaksikan Malaysian Tigers terpaksa menerima kedudukan baharu iaitu No.13 dunia berbanding ranking ke-12 sebelum ini. Menurut Subahan, beliau tidak risau kerana yakin skuad negara akan kembali melonjak dari No.…










