Malaysia tiada kedudukan bantu Rohingya - Utusan Malaysia

Malaysia tiada kedudukan bantu Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Malaysia tidak mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengheret penjenayah ke pengadilan antarabangsa termasuk dalam menangani isu penghapusan etnik Rohingya.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kelantangan Malaysia juga tidak dapat memberi kesan terhadap isu berkenaan.

Malah, isu yang sama juga pernah dibantah dan disuarakan Perdana Menteri di peringkat persidangan antarabangsa.

“Walau selantang mana pun suara Malaysia, kita tidak dapat bawa penjenayah ke pengadilan antarabangsa. Kita tidak mempunyai kedudukan untuk melakukannya.

“Melainkan kita membuat keputusan untuk mempunyai kedudukan itu,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang bertanyakan mengenai hala tuju dan peranan Malaysia dalam usaha menyelesaikan kemelut serantau terutama isu Rohingya, Syria dan Palestin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN