KUALA LUMPUR 5 Dis. – Malaysia mengekalkan rekod dalam kelompok sepuluh negara destinasi pelancongan terbaik dunia 2018 seperti yang dilaporkan oleh Euromonitor International sebuah agensi kajian pasaran global di London, United Kingdom. Dalam satu kenyataan, agensi itu melaporkan bahawa enam daripada 10 ibu negara paling kerap dikunjungi tahun lalu adalah di Asia iaitu Hong Kong dan Bangkok manakala Singapura, Macau, Kuala Lumpur dan Shenzen berada dalam kedudukan 10 teratas di…










