KUALA LUMPUR 5 Dis. – Sungguh dramatik kemaraan Malaysia ke final Piala AFF biarpun terikat 2-2 apabila peluang terakhir Thailand untuk memenangi perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok disia-siakan Adisak Kraisorn, sebentar tadi. Debaran tersebut hadir pada ketika Malaysia nyaris meraikan kemaraan mereka ke pentas akhir buat kali keempat setelah bola terkena tangan Syahmi Safari sewaktu cuba mengasak tandukan Adisak di udara, membolehkan Thailand dihadiahkan sepakan penalti. Sama…










