KUALA LUMPUR 4 Dis. – Malaysia menerusi Kementerian Luar akan mengeluarkan Nota Bantahan serta-merta kepada Singapura behubung perlanggaran prinsip hak kedaulatan negara ini kerana negara itu menyiarkan tatacara Sistem Instrumen Pendaratan (ILS) di Lapangan Terbang Seletar. Lapangan Terbang Seletar di republik itu hanya berada dua kilometer di sempadan negara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, negara jiran itu dikatakan telah menyiarkan tatacara berkenaan pada 1 Disember lalu dan pelaksanaannya…










