Majlis perkahwinan tetap meriah walau rumah dinaiki air - Utusan Malaysia

Majlis perkahwinan tetap meriah walau rumah dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Sambutan sebuah majlis perkahwinan di Kampung Lubuk Pukul Banggul, Binjai di sini tetap berlangsung meriah walaupun keluarga pengantin perempuan terpaksa memasak lauk dalam keadaan dapur digenangi air banjir pagi tadi.

Persiapan majlis perkahwinan tersebut tetap diteruskan seperti dirancang selepas halaman rumah dinaiki air setinggi paras betis selepas hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Kira-kira 500 tetamu terdiri daripada jiran dan keluarga turut hadir meraikan pasangan pengantin, Nur Suzana Jalil dan Mohd. Hafsham Ismail masing-masing berusia 20-an itu selepas air semakin surut.

Nur Suzana berkata, kawasan rumah berkenaan dinaiki air pada paras buku lali pukul 8 pagi tadi dan tetamu yang hadir terpaksa meredah banjir untuk sampai ke situ.

“Saya amat bersyukur kerana banjir telah surut sepenuhnya dan majlis perkahwinannya berlangsung seperti yang dijadualkan. Saya dan sekeluarga amat gembira kerana majlis ini dapat dijalankan seperti yang dirancang.

“Walaupun hujan saya tetap gembira kerana impian saya untuk mengadakan kenduri perkahwinan di rumah sendiri tercapai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN