Lompat parti: PH akan bincang dalam tempoh terdekat - Utusan Malaysia

Lompat parti: PH akan bincang dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Tindakan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) beramai-ramai melompat masuk dan menyertai Pakatan Harapan (PH) akan dibincangkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, langkah itu wajar kerana kepemimpinan tertinggi PH perlu memperhalusi perkara tersebut dengan teliti.

Tegas beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, ini berikutan DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan perkara tersebut adalah muktamad.

“Mandat rakyat perlu dihormati, agenda reformasi selain memberi keutamaan terhadap pemulihan negara. Perkara ini akan diangkat dalam mesyuarat PH dalam masa terdekat

“Kita perlu menjaga kepentingan rakyat yang telah meletakkan kepercayaan kepada PH untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia,” katanya dalam status Facebook beliau, hari ini.

Setakat semalam, seramai 17 Ahli Parlimen UMNO telah mengumumkan keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan dijangka akan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi.

Perkara itu mendapat tentangan banyak pihak, namun tidak kurang juga yang menyokong atas alasan untuk memastikan kerajaan mempunyai sokongan dua pertiga dalam Parlimen. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN