LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan mendabik dada selepas pasukannya berjaya melebarkan jurang mata untuk terus kekal menjadi pendahulu Liga Perdana England (EPL) hasil kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United, awal pagi semalam. Keputusan tersebut menyaksikan The Reds kini mengumpul 51 mata dan memiliki kelebihan enam mata ke atas pencabar terdekat, Tottenham Hotspur (45) selepas mengharungi 19 perlawanan liga. Lebih manis, pencabar terdekat sebelum ini yang juga juara bertahan,…










