Liverpool jumpa Bayern - Utusan Malaysia

Liverpool jumpa Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland 17 Dis. – Juara lima kali, Bayern Munich dan Liverpool diundi sesama sendiri dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara, hari ini.

Manchester United pula akan menentang juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) buat kali pertama manakala juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang kelab Jerman, Schalke 04 dan Tottenham bertemu Borussia Dortmund.

Dalam undian yang dilakukan di ibu pejabat badan bola sepak Eropah (UEFA) di sini hari ini, penyandang juara, Real Madrid akan menentang juara empat kali, Ajax Amsterdam, yang melayakkan diri ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak musim 2005/2006. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN