Lima cedera bas ekspres rempuh treler - Utusan Malaysia

Lima cedera bas ekspres rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 9 Dis. – Seorang pemandu dan empat penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebuah treler membawa muatan bijih besi di kilometer 164 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, bas dipandu Mohd. Shohimi Hussin, 53, yang cedera di lutut kanan dan tangan kiri dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Kuantan.

Empat lagi yang cedera ialah Lim Wei Hou, 24, yang luka di kepala, muka dan kaki, G. Divashini, 21, (luka di kepala), Syed Mohd. Bakhtiar Syed Mahmud, 57, (luka kecil di kaki kanan) dan Muhammad Amir Ramli, 31, (luka di telinga).

Pemandu treler berkenaan, R. Durai Singam, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati.pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang treler di lorong kiri menghala ke Kuantan.

“Pemandu bas dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala empat penumpang yang cedera dibawa ke Klinik Maran untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN