TAHUN 2018 boleh disifatkan sebagai tahun terbahagia buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bermula dengan kelahiran puteri sulung, Siti Aafiyah yang menjengah dunia pada 19 Mac lalu, perjalanan hidup dan karier Siti terus diserikan dengan pelbagai episod manis. Antaranya adalah kejayaan single terbaharu, Anta Permana yang kembali meletakkan nama beliau ke puncak carta stesen radio tempatan. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong tersebut bukan sahaja kedengaran unik…










