Lelaki maut motosikal dilanggar dari belakang - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal dilanggar dari belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 17 Dis. – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Jerantut-Maran di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Dzulkifli Mohamad Noh, 50-an, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y100 dilanggar oleh kenderaan jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kedua-dua kenderaan datang dari arah Maran menuju ke pusat bandar.

“Pemandu Toyota Hilux dipercayai melanggar bahagian belakang motosikal mangsa sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Jerantut namun disahkan meninggal dunia di situ.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×