Lelaki ditemukan maut tertiarap - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan maut tertiarap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 3 Dis. – Seorang lelaki ditemukan mati di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Mohd. Suhaimi Ali berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemukan dalam keadaan tertiarap kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang tular di laman sosial Facebook kononnya mangsa dipukul kerana mencuri pisang.

“Memang kita ada jumpa pisang tetapi buat masa ini tidak boleh disahkan lagi.

“Identiti mangsa masih disiasat kerana tiada kad pengenalan dijumpai bersamanya dan kita jangkakan usianya sekitar 30-an,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Mohd. Suhaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN