Lelaki buat ancaman bom palsu di dua hospital ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki buat ancaman bom palsu di dua hospital ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN 15 Dis. – Seorang lelaki yang mengalami masalah mental ditahan polis semalam selepas membuat panggilan ancaman bom palsu di dua hospital di negeri ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Dato’ Maharaja Lela, Chembong di sini pada pukul 10.45 pagi.

“Sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 dan kad sim telah dirampas dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat, suspek telah mengaku membuat panggilan ancaman bom palsu di Hospital KPJ Seremban pada 27 November lalu dan Hospital Tampin semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek yang merupakan pesakit mental dan mengalami masalah pembelajaran pernah mendapatkan rawatan dan ubat di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.

Katanya, lelaki itu yang memiliki rekod jenayah berkaitan kes curi ditahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN