IPOH 3 Dis. – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, akan dinaik taraf tahun depan, antaranya membabitkan pemanjangan landasan sedia ada bagi membolehkan kapal terbang bersaiz lebih besar mendarat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk memanjangkan landasan di LTSAS kira-kira 500 meter lagi, bagi menambah panjang landasan 2 kilometer sedia ada. Katanya, kerajaan negeri juga merancang untuk menambah baik atau…










