KPLB lancar Tabung Wira Merah Muhammad Adib - Utusan Malaysia

KPLB lancar Tabung Wira Merah Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Dis.- Kementerian Pembangunan Luar Bandar melancarkan Tabung Wira Merah bagi mengumpul sumbangan daripada warga kementerian termasuk agensi-agensi di bawahnya untuk diserahkan kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kutipan tabung itu akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini akan digerakkan di seluruh agensi kementerian di bawahnya.

“Walaupun sumbangan ini tidak dapat menggantikan nyawa Muhammad Adib, tetapi ia sedikit sebanyak dapat meringankan kedukaan dan kesedihan yang dialami keluarga Allahyarham.

“Selain itu, saya berharap pihak yang terlibat dalam kejadian dapat di hadapkan ke muka pengadilan dengan segera supaya keadilan terhadap Muhammad Adib dapat dituntut,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kecemerlangan dan Bantuan Persekolahan Anak-Anak Warga Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×