KJ yakin Nurul Izzah akan kembali - Utusan Malaysia

KJ yakin Nurul Izzah akan kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan kembali ke barisan hadapan politik negara apabila tiba masanya.

Menerusi status dalam akaun Twitter beliau, Khairy berkata, Nurul Izzah adalah seorang ahli Parlimen contoh dan satu kerugian jika kehadiran Nurul Izzah disia-siakan.

“Saya pasti apabila negara sudah bersedia untuk perubahan generasi dalam politik, Nurul Izzah akan kembali. Sangat sia-sia sekiranya beliau tidak kembali ke barisan hadapan politik,” kata Khairy melalui Twitter beliau hari ini.

Nurul Izzah kemudian membalas Khairy dengan ucapan terima kasih dan menganggap ahli UMNO itu sebagai inspirasi kepada kawan mahu pun lawan di Parlimen sejak 2008.

“Tidak dapat bayangkan politik Malaysia tanpa jejak saudara. Sokongan saya buat saudara,” jelas Nurul Izzah dalam Twitter beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN