KOTA BHARU 6 Dis. – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada Sabtu ini dilihat sebagai cubaan pihak tertentu mensabotaj himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 yang berlangsung pada hari sama. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua program besar pada hari sama itu juga seolah-olah satu bentuk persaingan secara zahir antara kelompok yang memang jelas mahukan ICERD diratifikasi dengan kelompok…










