SEBUAH masjid ternama di bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan mendapati tabung khas bagi menampung pembiayaan persekolahan awal tahun bagi keluarga miskin dan kurang berkemampuan tahun ini jauh merosot, berbanding beberapa tahun kebelakangan. Menurut Imam dan Bendahari masjid berkenaan, biasanya kutipan yang diperoleh menjelang Disember sekitar RM30,000 hingga RM40,000. Namun kutipan tahun ini hanya sekitar RM6,000. Biasanya, tabung khas bantuan persekolahan ini dibuka pada Oktober dan November. Menjelang Disember, perolehan…










